TAMAT PRACTICAL

July 12th, 2008 by aly-sha07

Dsc03447 JUMAAT.11 JULAI 2008

Tamat sudah practical di Cybersecurity Malaysia.

10 minggu yg mcm2hal dan task yg diterima..

dgn mcm kerenah org yg sku jumpe..Dsc03445_2

begitu jugsk kenalan yg aku dpt..

dari kalangan staff atau pun intrnship yg lain..

mengalaman mgajar aku..

dari computer system and networking kepada digital forensic department..

banyak jgak benda yg aku belajar utk explore investigation dlm digital forensic ni..

ape pun terima kasih pada semua staff yg ada di Cybersecurity Malaysia.

thanks also pada internship from UiTM Shah Alam - Hanarina, Faranadia, farahayati. norsarafidah, ajoii..

liesa,

Klang

DARI SEORANG SAHABAT…

June 24th, 2008 by aly-sha07

TERIMA KASIH ELIZ….

sekali lg hati ni di sentuh… hingga gugur butiran mutiara jernih di mata hati ni…

"ElizSue.wordpress.com"

ungkapan yang bagaimana untuk aku luah kan.. pada seorg sahabat..yg kadangkala bersama suka dan duka..walaupun tidak berjumpa… ia sentiasa ada dalam ingatan… terima kasih yang tidak terhingga…. kerana berkongsi minat, cerita, dan cara dia berkerja..lain dari lain dia seorg yang sangat teliti… itu la Eliza Suraiya binti Tahir…. manja, senyuman tidak lekang dek muka seri yer..

Liesa

25 jun 2008

Cybersecurity Malaysia

cinta sejati laut dan langit

June 24th, 2008 by aly-sha07

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan. Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain. Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin. Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih. Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

hari ni….

June 19th, 2008 by aly-sha07

HUHUHUHU…

arini hari bz aku..

coz byak kerja kena wat.. include report for department and to kolej….ish…ish..byak sgat…

lgi la opis ni sejuk sgat…

nak beku jer..rasa yer..

lg la opis kat tingkat 7 kan…tgok ape semua nampak..heheheheeh

arini ujan lebat mcm semalam..

aku tinggal 5 minggu nak abis kan practical kat sini..

huhuhuhu..

and best gak yer..

skang aku dah ada lesen nak drive… so kena confiden la lpas ni nak drive… hehehehe

thanks le sape ajar aku ni xpandai2…

hehehehe..

tu je laaaaa

utk arini..

tension keje banyak…

sekian..

laporan dr cybersecurity malaysia

liesa

ADA UNTUK MU

June 18th, 2008 by aly-sha07

ADA UNTUK MU

DI SANA PUNGGUK MENANTI

MENGHARAP BULAN

MEMBALAS RINDU DI HATI

DI SINI AKU BERDIRI

MENNUNGGU PENUH DENGAN KESABARAN

TANPA MANIS MADAH

JANJI YANG PUITIS

TUK PERSEMBAHAN

HANYA KETULUSAN

SEKEPING HATI SUCI

AKU

BERIKAN KASIH

KALAU ITU YANG KAU

MAHU DARI KU

AKU

BERIKAN CINTA

UNTUK MEMBAHAGIAKAN HARI MU

AKU

SAYANG PADA MU (MENYAYANGIMU)

BIARPUN NAFAS KU

SAMPAI TERHENTI

AKAN KU KOTA JANJI KITA

MENDIRIKAN TAJ MAHAL CINTA

SETEGUH KASIH SHAH JEHAN KEPADA MUMTAZ NYA

TERASA INDAH PABIL BERDUA

SEMAKIN TIBA SAAT BAHAGIA

MERAI CINTA KITA

JIKA AKU JATUH CINTA

May 27th, 2008 by aly-sha07

Ya  ALLAH, jika aku jatuh cinta

Cintakan lah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cinta pada – MU

Untuk mencintai – MU

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta

Jagalah cintaku padanya

Agar tidak melebihi cintaku pada – MU

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta

Izinkan aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut pada – MU

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling dari – MU

Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon

Pada – MU untuk selalu mencintai -MU

FRIEND

December 26th, 2007 by aly-sha07

MEMORIESPict3954_2

ni one of frez yg pling best for me…we slalu wat keje same2 n last projek yg we all handle bsama is Anual Dinner KPTMBP 2007 time tu ada la rasa susah walapun b4 this pnah mgalami susah tp lg trasa time nak manage Anual Dinner tu… what ever i enjoin for last project tu… i and eliz boleh trsenyum mlihat project tu tamat…at least something yang kite buat ada nampak hasil ye walaupun ada yang tak kena..mybe lpas ni i xde partner nak wat project lagi mcmana i wat keje dgn eliz… bcoz pda i, i jarang jmpe frez yang bgitu teliti bler wat keje mcm dia… apepun thanks for everything yer…

i will miss you…. but you make me cry u know….

DIA…

December 26th, 2007 by aly-sha07

Baru 

CINTA tak selalu indah adakalanya sedih dan rindu. Walau apa pun yang terjadi rela menghadapinya kerana akulah KEKASIHMU.

IA ADA UNTUK KITA…. :)

November 13th, 2007 by aly-sha07

IA SENTIASA ADA UNTUK KITA……

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA  pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

cetak dari wati…… thanks…

November 13th, 2007 by aly-sha07

HAI…… arini ari ketiga aku exam…. ntah macam ape rasa yer dah la xcukup tdo… jawap pun tak tau nak cakap macam mana… coz rasa yer tdi jawap siap sakit kepala tu yang xleh bla tu…. sabar je la dugaan katakan….. ape pun tgal 2 paper lagi nak abis kan exam untuk semester ni…. and tgal 1semester jer lagi aku kat batu pahat seblum aku abis and balik ketempat aku iaitu klang bandar diraja… hehehehehe… maybe OJT pun kat sana la….. makne yer aku kat batu pahat dah kat 2tahun setengah la ni…. lama2….duk merantau tempat orang ni… dan macam jugak la aku dah lalui kat sini sama ada yang gembira or yang sedih semua da… ape pun hopefilly exam kali ni bermakna pada aku and result yang memberangsaankan hehehehe…coz nak naik kan pointer HPNG bukan senang….

12.10noon

14 nov 2007